Sunday, November 14, 2010

Sentuhan Peribadi

Ini adalah beberapa sentuhan peribadi ku di busana sendiri n beberapa busana kwn2, ada jugak yg tak sempat diambil gambar...hayatilah bakat aku yg tak seberapa..












Saturday, November 13, 2010

My First Beading Class Nov 2010





Assalamualaikum

Sudah lama jugak tak update blog ni. Nah kali ni dgn post baru..aku sudah melancarkan Kelas Asas Sulaman Manik dan Labuci pada 13 nov 2010, Sabtu...Alhamdulillah ianya berjalan lancar dengan 5 orang pelajar pertama, Nordie, Hasnida, Siti Aishah, Wawa dan Nabihah. Ilmu yg tak seberapa ni aku kongsi dgn mereka, sekurangnya mereka boleh sulam sendiri manik dan labuci ke busana mereka seterusnya boleh menerima tempahan.





Persediaan untuk kelas ni dibuat dalam masa seminggu, maklumlah, br pertama kali nak buat kelas...agak penat jugak...beli bahan2 seperti kain,sediakan manik n labuci secukupnya, jarum, benang, cutter, bingkai sulam dan tentunya tempat.



Kelas ni dibuat kat rumah aku jer, bayarannya tidaklah mahal...maklumlah 5 orang pelajar ni student aku jugak yg baru tamat final exam 3 hari lepas untuk semester terakhir dorang...masing2 dah pokai...takper...niat sedekah ilmu dan lagi pula mereka adalah 5 yg pertama yg mempercayai aku.








Terima kasih pada Sheikh Azmi dan Rezunie Rosni yg sudi berkongsi tips untuk mengadakan kelas sulaman ini..Alhamdulillah.

Friday, October 22, 2010

Mushroom Soup

Bahan-bahan:

2 liter air

1 tin mushroom sliced (biasa beli cap REX)

1/2 tin susu cair - tujuannya utk rasa lemak dan warna putih

daging ayam cincang

2-3 ulas bawang putih (diketuk)

serbuk perasa(cap TUMIX)

Garam & gula secukup rasa

4 sudu besar tepung gandum (untuk memekatkan kuah)


Cara-cara:

1. Masukkan air di dalam periuk.

2. Masukkan bawang putih yang diketuk bersama-sama daging ayam cincang. Biarkan seketika.

3. Masukkan cendawan,susu cair,serbuk perasa, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.

4. Bancuh tepung gandum bersama-sama dengan air. Kemudian, masukkan ke dalam sup tadi.
5. Kacau hingga kuah pekat, sedap di makan bersama garlic bread

Wednesday, October 20, 2010

Pasta Sosej

Bahan-bahan:

1 paket pasta Fusili / ikut suka

1 jar sos Kimball Bawang Putih & Biji Selasih

daging / ayam cincang

Sausage ayam / daging

4 sudu sos tomato

2 sudu sos cili

5 ulas bawang putih - tumbuk / cincang

1 ulas bawang besar - dipotong dadu

sedikit oregano - jika ada

lada bengala warna kuning dan hijau - dipotong dadu

Sayur campur - jika suka

Garam,gula dan serbuk perasa

Air

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih sehingga kekuning-kuningan. Tambah sedikit oregano utk naik bau.

Masukkan sos kimball + sos cili + sos tomato dan kacau.

2. Kemudian masukkan daging cincang. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia seketika.

3. Masukkan bawang besar, lada benggala, oregano, sayur campur. Kacau.

4. Tambah air dan kacau sehingga kuah menjadi pekat dn masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Tunggu sehingga menggelegak. Angkat dan hidangkan.

5. Masukkan air di dalam periuk tunggu sehingga menggelegak. Masukkan sedikit minyak masak dan secubit garam.

Kemudian masukkan pasta dan rebus hingga ia masak. Angkt dan tos. Hidangkan.

6. Sausage dipotong serong dan digoreng. Angkat dan boleh dimakan bersama-sama dengan kuah pasta dan pasta tadi.

Tuesday, October 5, 2010

Tanda -tanda Ahli Neraka

(Dipetik dari Blog Kereta Mayat by HAMKA, tq bro!)

Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)

Sempena menumpang hari raya enam orang lain, dan sempena lepas raya yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadikapun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini.., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.., itu yang bengong!

Perlu di ingat sekali lagi, aku bukan nak cerita tentang orang fakir miskin yang tak cukup makan, atau anak yatim takde mak bapak, atau ibu tunggal takde suami dan madu, atau mereka yang pernah muncul dalam rancangan ‘bersamamu..’, bukan itu sasaran aku, mereka miskin kerana diuji Allah, yang mana jika mereka bersabar, insyAllah akan masuk shurga lebih awal dari semua orang kaya dalam dunia yang tonton mereka melalui program TV berbayar...

Mereka bukan miskin masuk neraka, mereka miskin masuk shurga jika bersabar dan masih taat perintah Allah.

Sasaran aku dalam entry ini adalah korang yang jika hidup sederhana, maka adalah banyak duit simpanan, bolehlah bersedekah, pergi haji, sambut takazar ugama atau bantu orang lain, tapi puak puak bengong ni, menyusahkan orang kerana menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka berlagak bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!

Note: Siapa peduli dengan harta orang lain maka mereka pun sama bengong!

Bengong kerana tak ukur kondom dikemaluan sendiri, eh? Silap, bengong kerana tak ukur baju di badan sendiri lalu menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka perasan bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!

Beli rumah besar separuh gaji punya ansuran dan renovate lagi buat loan peribadi dengan niat, rumah akulah yang paling besar antara mereka dan mereka.., memang hampeh!

Korang tahu tak? Nabi kutuk orang yang buat rumah besar dengan niat riak, masuk nerakalah korang.., pesan Nabi, “perbelanjaan yang paling buruk adalah membina bangunan…” (dengan niat menunjuk-nunjuk)

Itu belum cerita betapa besarnya dosa bab rumah besar yang menghalang angin bertiup kerumah jiran.., juga boleh membawa ke neraka…

Kemudian, bila rumah besar, sudah tentu: perabot, perkakas dapur, barangan letrik, peti ais, mesin basuh, TV, kalkulator, alat senaman, mangkuk tandas, set sofa, set meja makan, dan semua benda mewah mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu mestilah besar jugak, baru ‘match’ dengan rumah besar, maka korang beli dengan kredit card sampai habis limit dan setiap bulan hidup gelisah kerana dosa bertambah akibat riba bertambah-tambah. Tak ke masuk neraka?

Lepas tu pulak, bila rumah dah cantik, tak kan lah nak pakai kereta Wira, atau Waja, atau Exora, atau mana-mana kereta buatan Malaysia, maka korang pinjam duit pulak dengan ansuran separuh gaji untuk beli kereta (isikan nama kereta yang korang tag dalam facebook sebagai kereta idaman yang korang rasa bangga jika beli lalu bincang dalam komen kat facebook macam orang hidup seribu tahun).

Kemudian, dah ada kereta mewah, tempat parking mestilah ditepi landskap yang ada kolam ikan dan air terjun butan sendiri, siap dengan patung bangau sedang termenung ditepi pokok bunga, yang mana jika orang bengong tengok rumah korang rasa cemburu tapi aku tengok rasa kasihan, sebab?

Sebab ada tanda-tanda ahli neraka!

Wah, cik Hamka sudah melampau, melebelkan orang ahli neraka ni hanya kerja parti politik so call Islamic terhadap mereka yang tak pangkah parti kegemaran mereka, sejak bila keretamayat dah pandai letak hokum orang kaya masuk neraka?

Woi Mangkuk!, baca sampai habis, aku tak kata orang kaya masuk neraka, tapi Nabi ada kata yang orang kaya lambat masuk shurga, dan cerita aku tentang ahli neraka adalah apabila korang ada melakukan 10 perkara bengong di bawah, jika ada, baru boleh membaca bab kehidupan ahli neraka supaya korang tak janggal waktu tiba disana kelak..

Mari kita bincang bab ni, dan kita check diri masing-masing, ada tak pada diri kita, akan tanda-tanda ahli neraka dalam bab menguruskan harta dunia, check jangan tak check..., jangan cakap banyak. Tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu, tepuk dada Tanya iman…,

Layan…

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

1.Korang berhutang dengan Along

Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.., ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..

3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.

Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!

(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)

4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.

(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)

5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!

6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

Tingallah kedai burger, nyam nyam sedapnya makan oblong burger..

7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.

8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

Akupun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka aku terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..

Err, gaji dah masuk ke? Bulan lepas punya potongan KWSP tak habis lagi, woha!

9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!

10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.

Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)

11. Takde akaun tabung haji.

Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..,

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka…, tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)

12. Mencuri

Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!

13.Mintak derma kon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!

14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”

Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!

15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.

16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…

17…. (berhenti minum air kejap)

Arghh, aku mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 17 ada banyak lagi ilham datang, maka aku stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. aku dahaga..

Akhir kata:-

Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.., itu yang bengong!

Dalam hadith bagitahu, bilangan orang perempuan masuk neraka adalah 20 nisbah satu, iaitu untuk 20 orang perempuan, satu lelaki akan masuk neraka,

Jika diteliti, orang perempuan memang banyak yang bengong sebab mereka sebenarnya mudah masuk shurga, iaitu jaga solat, akhlak dan aurat, maka masuklah mereka ke dalam shurga, tapi sebab bengong, solat dilengahkan, akhlak buruk, dan tak jaga aurat, maka masuklah 20 orang perempuan itu dalam neraka.

Tapi yang lebih bengong lagi adalah lelaki yang nisbah satu tu.., yang terdiri daripada 17 senarai diatas. memang ngok!

Sekian.

Monday, September 27, 2010

Rabbi Firli...Bacaan Duduk Antara Dua Sujud..

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud



Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu






Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Thursday, September 23, 2010

Kursus Tamat!

Kursus PPK Rekabentuk Laman Web di Kuantan tamat hari ni. Wah legaaa..! Enam hari di Kuantan! Tapi kursus ni not bad la...bagus jugak sebab aku tak pernah didedahkan kaedah mereka benruk laman web. Kursus ni sangat sesuai untuk orang yang nak meniaga secara online. Aku tak de la nak buat bisnes online...usahkan nak bisness online..ofline pun tak pernah terlintas nak buat bisness. Aku cuma tau perabih kan duit jer...

Pensyarah yang mengajar kitorang ni namanya Mohd Zahiruddin yang berpengalaman dalan internet sejak 1991. dan punya pengalaman dalam merekabentuk laman web sejak tahun 2000. Dan kami sangat teruja bila dia sebenarnya salah seorang daripada 3 jutawan internet 10 tahn lepas. Dia muncul sebagai jutawan internet daripada bisness online melalui laman web miliknya sendiri iaitu Lelaki Online.com...WOW!
Dan sekarang pun dia masih salah seorang jutawan!
Sekarang dia bergiat aktif dalam memberi kursus dan menyediakan perkhidmatan merekabantuk laman web.

Untung juga kitorang kali ni sebab di ajar oleh jutawan!!!

Tuesday, September 21, 2010

Kursus Rekabentuk Laman web

Assalamualaikum.
Bemula semalam aku dan rakan2 telah diberi kursus yg agak menarik...tajuknya...ha tu la dia...Rakabentuk laman web...

Banyaklah jugak benda baru yg aku belajar kat sini termasuklah mengambil kesempatan membuat header yh baru untuk blog aku ni...tapi masih tak lawa macam blog org lain..
takper...sedikit demi sedikit aku belajar dan dr semasa ke semasa aku touch up lagi blog aku selain datang dgn entry baru...

Kursus ni di kuantan, dtg empat orang satu kete, sempat pergi beraya ke rumah zie n dapat jumpa lila sekali..

Wednesday, September 15, 2010

KERABU SOTONG-GAMBAR-



Baru kali ni dapat upload gambar kerabu sotong.

KERABU SOTONG

Assalamualaikum.

Nak syer resepi kerabu sotong yg telah disumbangkan oleh oficemate aku..JULI SUDIRO..eh..bukan bukan..JULI SUZLIN!




KERABU SOTONG

Bahan=bahan.

4 ekor sotong sederhana
( boleh jiga di campur seafood yg lain seperti udang dan kerang)
2 sudu besar udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
4 biji cili padi
2 biji cili merah
1 buah tomato
1 buah mangga lemak muda
2 sudu besar kicap sotong
2 biji asam limau nipis
garam/gula secukup rasa
kacang tanah goreng ( jika suka)

Cara-cara:

1. Sotong dan seafood yg dibersihkan dan dipotong, jika letak udang perlulah dibuang kulitnya. Sotong dan seafood ini hendaklah dikeringkan airnya di kuali, tapi jgn terlalu kering supaya ia tidak liat. Kemudian dimasukkan di dalam mangkuk.
2. Tumbuk bwg putih, udang kering n cili padi, jgn terlalu lumat.
3. bwg merah di mayam bulat.
4. mangga lemak muda dipotong panjang dan halus.
5. Cili merah n buah tomato dipotong.
6. Masukkan 2,3,4 dan 5 ke dlm mangkuk berisi sotong.
7. Masukkan kicap sotong, gula n garam dan air asam limau nipis dan juga kacang tanah yg telah ditumbuk kasar, kemudian gaul mesra..
8. Peerrgghhh...kecur liur aku time nak post entry ni..

Sepanjang bulan puasa 6 kali aku buat kerabu sotong ni..adik2 aku suka sangat la kalau aku buat ni untuk berbuka puasa..

Kawan2 boleh la cuba, penambah selera untuk hidangan makan tgh atau malam.
Minta maaf, tak boleh nk add la gambar kerabu sotong yg dh siap, masalah problem ni .. adeh!
TERIMA KASIH JULI!

Sunday, September 5, 2010

Crumble n Bohemian for Raya 2010

Ini adalah koleksi jahitan manik hasil kerja tangan ku untuk tahun ni..kiranya gempak la jahitan manik kali ni...all out lah!

Ini adalah latest design yg berjaya aku hasilkan..ala-ala bohemian gitu, dijahit di lengan baju sahaja. lepas raya kalau ada masa n rasa nak tambah, nanti aku tambahla di bahagian depan baju ...huh..jenuh jugak nak memikirkan design yang cantik untuk baju sendiri..idea bukannya datang menderu..entah berapa kali aku terpaksan bukan jahitan untuk awalnya..sebab tak menjadi dan tak cantik..bukannya terus boleh jadi camni..

Sebab tu aku tak jahit untuk baju orang lain walaupun ada kawan2 yg sesaje nk test aku..konon2 nak tempah.
Minta maaf la korang saja nk usik ke, sungguh2 ke... aku rasa aku takleh buat utk korang, sebab nk dapatkan idea nak bagi korang puashati bukan satu perkara mudah..
tapi alhamdulillah..aku puas hati sangat..



ini pulak design crumble beads, di jahit di lengan baju dan bahagian depan baju...sekeliling leher aku tak jahit..sebab bila pakai tudung tak nampak..jadi aku tak payah buang masa dan tenaga nak mengadap benda tu..



Ini pulak crumble yg pertama aku jahit campur dengan shimmering flora,all out jugak tu sebab yg pertama aku hasilkan.







Ini yg paling simple aku buat...kiranya come back setelah hampir setahun aku tak sentuh manik2 dalam kotak tu...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, September 4, 2010

Tapai Pulut

Bahan-bahan ( 1 keluarga )

* 1 kg beras pulut
* 1 biji ragi sebesar duit syiling 20 sen( kisar sampai hancur jadi serbuk )
* 1 cawan air masak
* sedikit lada sulah dah campur dgn secawan air masak
* secubit kapur basah
* beberapa helai daun pisang ( potong sebesar utk bungkus nasi lemak )

Cara-cara

1. rendam beras pulut tadi selama semalaman atau paling kurang 4 jam.
2. setelah beras pulut tadi direndam, kukus selama setengah jam. dan dalam masa setengah jam tadi, di balik2 kan beras pulut supaya masak sekata.
3. setelah itu, keluarkan beras pulut tadi, dan gaulkan beras pulut dgn secawan air masak.
4. kukus semula beras pulut tadi selama setengah jam lagi atau sehingga benar2 masak.
5. setelah pulut masak, keluarkan dr pengukus dan hidang di atas dulang. ( jgn dilenyek )biarkan begitu sahaja sehingga suam2 kuku.
6. taburkan serbuk ragi tadi biar rata. tidak perlu digaul. tabur rata sahaja diatas pulut tadi.
7. kepal bulat2. terpulang pd individu. kalau nak cepat siap, buat besar2. tapi kalau nak cantik molek, buatlah kecil sikit. (mudah utk mkn. kalau besar x habis sayang pulak bekas org, kalau kecil kan mudah utk mkn.)
8. sambil tu celup tgn pd air yg telah dicampur dgn lada sulah. supaya pulut tidak melekat pd tgn. tujuan lada sulah utk menjadikan tapai tadi lebih rasa. org putih kata ada kick..
9. bungkus ketulan tapai tadi dlm daun pisang. bungkus mcm buat belebat pisang. susun dlm periuk atau bekas besar. setelah siap, tutup dgn daun pisang tutup periuk dan sapukan secalit kapur pd tepi dan atas periuk. simpan di tempat yg panas seperti tepi tingkap.
10. tunggu sehingga 2 mlm. dan bolehlah disimpan didalam peti sejuk. hidang sejuk memang sedap.. kemanisan tapai bergantung pd ragi...

...

Sunday, August 29, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah dulu

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Thursday, August 26, 2010

Ikan Cencaru Sumbat

August 26, 2010 at 9:57am

INGREDIENTS:

4 ekor ikan cencaru [dicuci dan dibelah dibelakang] minyak

BAHAN SAMBAL (MESINKAN)

2 batang serai [racikkan]

4 ulas bawang merah

6 tangkai cili merah

2 s/b kelapa parut garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan daun kunyit [mayang halus]

3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]



METHODS:




1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.

2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.

3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.

5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam

Resepi Masakan ~ Sweet Sour (Manis Masam)

Resepi Masakan ~ Sweet Sour (Manis Masam)

chocolate Cake

Chocolate Cakethis is one of the best and delicious chocolate cake yang pernah saya buat. resepi ini saya perolehi dari buku family circle cakes, biscuits and slices. photo diatas adalah gambar kek coklat ini yang saya sediakan untuk di muatkan dalam majalah jelita july 2002 (bahagian resepi majalah tersebut). jika anda lihat pada texture kek tersebut pasti anda tahu betapa sedapnya kek coklat ini.....soft and moist and very chocolatey.....

cara buat kek ni mudah sangat dan tidak mengambil masa yang lama....

Ingredients
125g butter, softened (mentega)
2/3 cup castor sugar (gula castor)
1/3 cup icing sugar (gula ising)
1 1/4 cup self-raising flour (tepung naik sendiri)
1/2 cup cocoa powder (serbuk koko)
1 teaspoon bicarbonate of soda (soda bikarbonat)
2 eggs (telur)
1 cup milk (susu)
1 teaspoon vanilla essence (esen vanila)
pecan halve to decorate

Chocolate icing
1 cup icing sugar, sifted (gula ising, ayak)
1 tablespoon cocoa powder
1 1/2 tablespoon boiling water (air mendidih)
1 teaspoon vanilla essence (esen vanila)

Method
1) preheat oven to 180C. grease baking dish and and line with paper.
panaskan oven pada 180C. sapukan tin kek dengan minyak/mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
2) cream butter with sugar and icing sugar until light and fluffy. sift flour with cocoa powder and soda three times into a bowl. add flour mixture to butter with remaining ingredients and beat together until well blended.
pukul mentega dengan gula ising dan kastor sehingga kembang. ayak koko, tepung dan soda 3 kali. masukkan bahan-bahan ini kedalam butter yang dipukul tadi bersama lain-lain bahan. gaul hingga sebati (jangan terlebih gaul)
(you can add 1/2 cup raspberry jam at this stage if you like).
(anda boleh tambahkan 1/2 cawan jem rasberi jika suka, jadi kek coklat rasberilah)
3) spoon into prepared tin and bake for 40 minutes until cooked. turn out onto a wire rack to cool.
tuang kedalam acuan pembakar dan bakar selama 40 minit pada 180C atau hingga masak.

4) to prepare icing: combine all ingredients in a bowl over simmering water and stir until smooth. pour over cold cake and spread with a knife dipped in hot water.
icing: campurkan semua bahan dalam mangkuk tahan panas dan letakkan atas air mendidih dan kacau hingga licin dan berkilat. tuang atas kek tadi.




selain kek coklat ini, saya juga menyediakan beberapa jenis kek lain untuk dimuatkan dalam majalah jelita berkenaan....antaranya ialah kek prune, cheese cake, pineapple carrot cake dan bluberry slice....insyaallah nanti saya masukkan resepi-resepi tersebut disini.
Sambal Goreng Tempe
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau


Bahan-Bahan:
3 keping tempe (potong dan goreng)
Minyak untuk menggoreng
40 gm soohon
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 biji cili merah
1 camca kecil air asam jawa
100 gm kacang panjang atau kacang buncis (potong 1 inci) Garam secukup rasa
3 keping tauhu (potong dan goreng)
¼ kg udang (buang kulit dan gorengkan)
1 labu bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
1 ½ inci kunyit hidup
2 biji cili hijau (dihiris serong)
3 cawan santan daripada 1 paket santan serbuk
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang dan kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan cili, goreng buat seketika. Masukkan udang dan kacau selama 2 minit, tuangkan air asam jawa dan santan. Biarkan hingga mendidih perlahan-lahan, kemudian baru masukkan kacang panjang, tauhu goreng dan sohun. Masukkan garam secukup rasa. Hidangkan bersama nasi putih.


Review:

Tuesday, August 24, 2010

apple crumble

resepi apple ni mungkin ada saya masukkan sebelum ini....tapi takpalah mungkin yang itu lain caranya dan yang ni lain (ada 1001resepi untuk buat apple crumble ni)....saya akan masukkan photo crumble ni kemudian.

bahan-bahan:
8 biji royal gala apple
1 cawan apple juice
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar cinnamon powder
1/2 sudu kecil nutmeg powder
sedikit garam

1/2 cawan cooking oat
raisins

kupas kulit apple dan potong cube. panaskan 2 sudu besar butter dalam deep pan dan masukkan semua bahan diatas. masak sehingga apple lembut dan jus kering. sejukkan. pindahkan apple ke dalam baking dish. taburkan oat dan raisins.




topping
2 - 3 cawan tepung gandum
125g butter (jika perlu tambahkan butter)
1/2 cawan gula perang lembut


gaulkan bahan diatas sehingga menjadi serbuk roti. taburkan atas apple tadi dan bakar dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga keperangan. hidang dengan ice-cream vanilla.

Monday, June 7, 2010

MENCARI SERIBU MALAIKAT

( dipetik drpd blog keretamayat oleh saudara HAMKA. sekadar rujukan diri sendiri. terima kasih)

(Aku ingat ‘Avatar’ tu adalah filem dari animasi ‘The Last Air Bender a.k.a The Legend of Aang’, tapi bila melihat remaja palestin yang meniru makhluk Avatar biru di Palestin, akupun mencari penunggang Toruk di kalangan mereka, yang mana Toruk adalah raksasa paling ganas yang hanya lima Na'vi sahaja dapat menjinakkanya dalam sejarah pandora...)

Tiada ‘Original Screenplay’ dalam filem Avatar arahan terbaru James Cameron, dengan mengolah kembali filem ‘Dances with Wolves’ lakonan Kevin Costner yang memenangi 7 Academy Awards termasuk ‘Best Picture’, James Cameron hanya menukar watak red Indian kepada puak Na'vi yang berwarna biru, dan kuda di tukar kepada raksasa, manakala pihak United States Army ditukar kepada kumpulan military canggih siap dengan robot hidrolic dan beberapa waktak di beri peluang mengembangkan emosi.., berlatarkan kehidupan di plenet Pandora dan kemajuan sains di tahun 2154...

Babak akhir dalam filem ‘Avatar’ sedikit berbeza dengan ‘Dances with Wolves’ sebab mengikut sejarah, red Indian memang kalah teruk menentang tentara bersekutu, tapi dalam Avatar, puak Navi menang walaupun mereka hanya menggunakan lembing dan anak panah, sedangkan pihak penceroboh ada jet, heli dan robot tapi kalah kerana puak na’vi mendapat bantuan ghaib..

Bercerita tentang perang yang mendapat bantuan ghaib, teringat aku pada peristiwa perang badar, iaitu perang pertama ummat islam yang mana bilangan orang islam sikit, hanya 313 orang, itupun tidak ada kelengkapan perang yang sempurna, ada yang tiada senjata, hanya bawa pelepah tamar, ada yang tidak berbaju, kuda pun hanya ada 3 ekor jer, dan beberapa ekor unta, walaupun begitu, demi ugama, mereka sanggup menentang 1000 orang kafir yang lengkap bersenjata, siap dengan kuda dan perisai, dan pendek cerita, akhirnya orang kafir kalah teruk kerana orang islam menang cemerlang setalah mendapat bantuan ghaib dari Allah...Arghh, aku bukan nak puji filem Avatar atau nak kaitkan perang dalam filem avatar dengan perang badar, aku rasa terpanggil nak menulis entry ini setelah melihat gambar gambar puak puak ‘navi’ di Palestin yang tersebar di internet, aku tak tahu sama ada ini provoke yahudi atau memang soheh remaja pelestin punya kerja yang sanggup berlagak sebagai puak na’vi dengan mengecat badan mereka dengan warna biru, mungkin mereka mengharapkan keajaiban bantuan dari alam ghaib seperti dalam filem avatar? Sama sama kita kupas isu tentang bantuan ghaib ini, (rasa skema semacam jer..)

Ok, kembali kepada perang Badar.., aku nak Tanya?

Tahukah korang? Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Kenapa perlu seribu malaikat?

Jika ikut sejarah, Nabi Nabi terdahulu, bila doa bala terhadap kaum mereka yang ingkar, bilangan Malaikat yang datang, hanya satu atau dua sahaja, lalu malaikat ini, dengan kuasa yang Allah beri, terus membalikkan bumi, atau di cantumkan gunung, atau di belah awan lalu memancar kilat yang seterusnya mengazab semua orang kafir sehingga lenyap di telan bumi..
Pendek cerita, Satu malaikat turun, satu kaum binasa, jumlahlahnya berpuluh puluh ribu, tenggelam di azab seksaan malaikat, tapi dalam perang badar, jumlah malaikat yang turun adalah sama banyak dengan bilangan tentera musuh, satu musuh satu malaikat, sehingga dalam riwayat menceritakan, ketika sahabat Nabi mengankat pelapah tamar, kepala musuh sudah terbelah dua…

Jadi, soalan aku, Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Ok, ini pendapat aku setelah berbincang dengan beberpa Buznama…, aku bukan ustaz, ulamak, Cuma menulis nota kepada diri sendiri…, jika ada pendapat lain, kita muzakarah sama sama, insyAllah..

Kenapa seribu Malaikat datang ke Badar?, Ceritanya begini,

Ketika Nabi berdakwah di Mekkah, urusan ummat islam di buat secara rahsia di rumah Arqam bin Arqam, dalam masa yang sama Nabi juga telah berdakwah pada beberapa orang penduduk Madinah yang datang menunaikan haji di Mekkah, yang mana setelah 13 tahun berdakwah di Mekkah, Nabi mendapat perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah, kerana di madinah, sebahagian penduduknya telah masuk islam setalah di dakwah oleh sahabat ansar…

Tengok! Sahabat ansar ini bukan Nabi, tapi dah buat dakwah di Madinah sehingga majority masuk islam, bukti perintah dakwah adalah perintah pertama selepas iman..

Jadi, bila Nabi berhijrah di Madinah, sampai sana, Nabi terus bina Masjid, Masjid pertama dalam sejarah ummat islam.

Dan di masjid inilah segala urusan ugama dibuat, iaitu: 1.dakwah, 2.Mengajar, 3.ibadat dan 4.khidmat, yang mana natijahnya, semua kaum bersatu dalam ugama islam, tak kira suku mana, puak mana, atau bangsa apa, Dalam puak Muhajirin ada banyak Bani, dan dalam puak ansar jugak ada Suku Aus dan Khazraj, tapi, melalui amalan masjid nabawi, mereka semua bersatu padu

Mereka bersatu dalam dakwah, bersatu belajar dan mengajar ugama, bersatu solat jemaah bersama di belakang Nabi, dan bersatu berkongsi hidup antara muhajirin dan ansar..
Tak lama kemudian, berlakulah perang Badar, 1000 orang kafir lengkap bersenjata dan kuda telah bersiap sedia menentang 313 orang islam..
Orang kafir dah sangka mereka akan menang dalam perang itu, lalu membawa bersama mereka kumpulan sorak dan penyanyi wanita, tapi mereka silap, 313 ummat islam di Badar, bukan ummat Nabi terdahulu…

Ummat Nabi terdahulu, adalah ummat ibadat, mereka tak boleh berdakwah macam Nabi mereka, ketika Nabi Musa meminta bantuan Harun sepupunya untuk berdakwah pada Firaun, maka Allah telah lantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, baru layak Harun berdakwah kepada firaun.

Tapi sahabat Nabi, Saidina Umar, Abu Bakar dan sahabat Muhajirin serta ansar, mereka tak perlu jadi Nabi, kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Ketika Nabi Musa dan Bani Israel di kepung Firaun, maka Nabi Musa menenangkan kaumnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama AKU!”

Tapi ketika Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a di kepung Kafir Quraish, maka Nabi Muhammad menenangkan sahabatnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama KITA!”

Tengok! Nabi guna lafaz “kita” kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Jadi 313 ahli badar, bukan calang calang manusia, mereka semuanya pendakwah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..
Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah, sehingga 1000 malaikat buat pertama kalinya dalam sejarah perperangan ummat islam telah turun ke bumi , memang cukup satu malaikat turun untuk ganyang orang kafir, tapi kerana kemuliaan dan ketinggian ummat akhir zaman ini, seribu malaikat telah turun bersaf saf membantu ummat islam…

Menurut Buznama, malaikat yang turun ini di cipta khas untuk membantu ummat islam dalam mana mana perperangan dimulai perang badar dan seterusnya, yang mana jumlah mereka bukan setakat seribu, tapi bersusun susun lagi dilangit menunggu perintah Allah untuk turun membantu ummat islam di bumi…

Selepas perang Badar, malaikat ini datang lagi dalam beberapa siri perperangan ummat islam menentang orang kafir sehinggalah ke zaman Khalifah Al rasyiddin dan seterusnya ke zaman Umar Ibnu Aziz dan ada juga laporan dari pejuang islam, mereka mendakwa di bantu malaikat dalam beberap siri perperangan pada tahun 90-an.., wallahu’lam.

Tapi sekarang, dalam perperangan ummat islam menentang orang kafir, Malaikat ini sudah tidak datang lagi nampkanya, usahkan seribu, satu pun tak ada, lalu kalahlah orang islam di Iraq, Afganistan, Palestin, Bosnia, Ambon, Kemboja, India dan seleruh dunia…kenapa?

Soalan lain pulak,

Kenapa Malaikat ini sudah tidak datang lagi, usahkan seribu, satu pun tak ada, kenapa?
Tepuk dada Tanya iman, tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu...

Menurut Buznama, Allah telah melatakkan dunia ini akan sunnatullah, yang mana jika orang islam hari ini sama qualitinya dengan ahli badar di zaman Nabi, pasti nusrah Allah akan datang, dan seribu malaikat itu akan muncul lagi membantu ummat islam.., ini terbukti kerana selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, di zaman khalifah Al Rasyidin, ummat islam sentiasa menang dalam perperangan dan sering berlaku keajaiban dalam peristiwa yang di riwayatkan oleh sejarah.., juga sampai ke zaman Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera salib yang mana point aku disini, tentera ummat islam waktu itu mempunya quality ahli badar...

Apa qualiti ahli badar?

Semua tahu sudah, mereka semuanya pendakwah yang berhijrah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..

Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam berhijrah, dan bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah,

Tapi hari ini, oh.., orang islam ramai yang meninggalkan dakwah dengan alasan ilmu tak cukup, atau diri belum baik, lepas tu solat jemaah selamba tinggal, apatah lagi solat tahajjud, lepas tu hidup tak bersatu, asyik bergaduh sama sendiri, sunni lawan syiah di lembah arab, hamas lawan fatah di pelstin, Taliban bersatu dengan Al Qaeda lawan pakatan utara yang bersatu dengan america, umno bergabung dengan MIC lawan Pas yang bergabung dengan DAP, Wahabi bergabung dengan ulamak muda lawan 4 Mazhab, yang bergabung dengan ulamak tua , itu ini begitu begini…

Mungkin korang nak tegakkan kebenaran, kebatilan dalam ugama mesti di hapus, tapi kenapa masjid tempat solat jemaah menjadi kosong dan lengang? Kenapa Sunnah Nabi di tinggalkan? Kenapa jalan bersatu tidak di indahkan? Kenapa berebut kuasa dan jawatan?samapi caci mencaci, fitnah dan membunuh?

Sedang asyik kita mencari salah musuh kita yang juga orang islam, orang kafirpun datang menyerang lalu semua umat islam musnah tanpa mendapat pertolongan dari Allah, orang kafir terus menghina ummat islam, dari zaman kerajaan Monggol, sehinggalah hari ini, berita derita ummat islam terus sambung menyambung… di hina dan di telanjangkan, di seksa dan di malukan..,

Sedang penyelesaianya, hanya perlu kembali kepada Sunnah Nabi, dapatkan kembali quality ahli badar, hidupkan masjid seperti masjid Nabawi, solatlah berjemaah seperti nabi dan ahli badar, solatlah tahajjud seperti nabi dan ahli badar, dan bersatulah kita semua seperti muhajirin dan ansar, tak kira warna kulit, kedudukan dan keturunan…, insyAllah, janji Allah melalui lidah Nabi kekasihNYA, apabila ada hijrah dan nusrah, maka bantuan Allah akan datang.., dan seribu malaikat perang Badar akan muncul kembali!

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”
Al-’Imran:(123)
"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

(al-Anfaal: 9)
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Habis sampai sini…

Ya Allah, Tolonglahlah kami Ummat islam di seluruh dunia, dan ampunkanlah dosa kami kerana masih banyak Sunnah Nabi yang gagal kami laksanakan….

Sekian.
Ps: Kepada puak ‘Na’vi’ di Palestin, siapa antara korang yang sedia ambil tanggung jawab mencari jalan untuk menyatukan Hamas dan fatah?, nanti aku bagi gelaran korang sebagai “Toruk Makto”!
: )

...ermmmm

...ermmmm

Sunday, May 30, 2010

pearl crumble

PEARL CRUMBLE

Cuti semester dah bermula...tapi macam tahun sudah jugak..kami pensyarah tak cuti...
jadi setelah dah beres semua kerja-kerja menyemak skrip jawaban pelajar dan memperoses markah pelajar...maka aku banyak ler masa samada kat rumah atau pejabat.
Balik rumah pun tak rasa tensyen sebab tak perlu fikir sangat pasal kerja pejabat...maka hidup tersangat bahagianya....
Hujung minggu aku boleh bersenang2, fikiran rasa lega...walaupun tetap sibuk dengar urusan seharian seperti masak, kemas rumah, cuci baju dan keluar hantar dan jemput anak tusyen...
Kelapangan fikiran memberi kesempatan aku mencari idea memikirkan pasak baju raya...hehe
Lalu aku google blog2 jahitan manik untuk mendapatkan idea... maka terjadilah seperti dalam gambar yang aku upload ni...
cadangnya nak jahit untuk 3 pasang lagi baju untuk raya...walllah!

Untuk jahitan pearl crumble aku menggunakan hampir 30 jenis dan warna manik dan labuci yang berlainan warna dan bentuk...guna mana yang dah ada dan tambah beberapa yang lain, g beli kat kedai ler...Orang yang jarang jahitmanik macam aku ni rasa sangat mencabar..perlu kekuatan mental dan fizikal...kalau tak kuat mental...tak siap baju ni...
Yang pasti raya tahun akan meriah dengan crumble beadings ni...yeah!

ISTERI BOLEH MINTA CERAI

Isteri Boleh Minta Cerai
Disiarkan pada Apr 11, 2010 dalam kategori Fatwa
( DIPETIK DARI BLOG MINDA TAJDID)

Soalan: Saya seorang wanita yang merasa tertipu. Atas cadangan beberapa pihak saya menerima pinangan seorang pemuda. Mereka kata dia seorang yang baik. Kami pun bernikah. Setelah bernikah baru saya tahu dia seorang penagih dadah. Sudah dua kali dia ditahan. Saya tidak sanggup lagi bersuamikan dia. Dia pernah memukul saya. Malu saya di tempat kerja.

Saya ingin minta diceraikan atau kami dipisahkan. Ramai yang beritahu saya berdosa isteri minta cerai. Keluarga dia lebih-lebihan kutuk saya, kata saya isteri yang tidak baik kerana hendak minta cerai. Allah murka kepada isteri seperti saya. Dr, kenapa saya rasa tertindas jadi perempuan dalam agama saya sendiri?

Fazlina, Kuala Terengganu.

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Semoga Allah mengeluarkan puan dari kezaliman manusia. Berikut adalah jawapan saya dalam masalah yang puan kemukakan:

1. Jika benar seperti yang disebutkan, pihak yang memperkenalkan suami puan kepada puan sehingga puan menerima pinangannya itu berdosa kalau mereka tahu dia seorang penagih tetapi tidak memaklumkannya kepada puan. Mereka termasuk dalam golongan yang menipu dan melakukan penyaksian dusta. Dosa keperitan hidup yang puan tanggung akan dikenakan juga kepada mereka atas penipuan tersebut. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka” (Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w menyatakan mereka yang menipu orang Islam itu terkeluar dari jalan petunjuk baginda. Bahkan perbuatan itu tempatnya dalam neraka.

2. Seorang muslim hendaklah berlaku jujur apabila ditanya tentang bakal suami atau isteri yang hendak seseorang kahwini. Memberitahu perihal seseorang kepada yang ingin membuat pertimbangan untuk menerima atau menolak pinangan tidak termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Cumanya, pemberitahuan itu hendaklah sekadar yang diperlukan tanpa berlebihan kepada perkara-perkara yang tiada kaitan. Dalam hadis, apabila Fatimah binti Qais bertanya pendapat Nabi s.a.w mengenai Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jahm yang datang meminangnya, Nabi s.a.w menjawab:
“Adapun Abu Jahm dia tidak menurunkan tongkatnya dari bahunya. Sementara Mu’awiyah seorang yang miskin tiada berharta. Kahwinilah Usamah bin Zaid” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w memberitahu perihal Abu Jahm dan Mu’awiyah yang menjadikan tidak sesuai untuk diterima pinangan mereka. Tidak menurunkan tongkat dalam hadis tersebut boleh jadi bermaksud sering bermusafir atau suka memukul wanita. Kemiskinan Mu’awiyah juga dimaklumkan oleh Nabi s.a.w untuk mengelakkan masalah. Bahkan Nabi s.a.w mencadangkan calon lain yang lebih baik.

3. Rumahtangga atau perkahwinan bukanlah penjara seksaan untuk seorang lelaki atau wanita. Ia sepatutnya dibina atas cinta dan kebahagiaan, bukan kebencian dan permusuhan. Jika kebencian dan permusuhan mengambil tempat, maka tiada ertinya lagi untuk sesuatu perkahwinan itu diteruskan. Ia akan lebih mengundang dosa daripada pahala. Ia akan merosakkan jiwa dan ketenteraman perasaan.
Hidup ini bukan sekadar untuk bertarung dengan masalah sebuah rumahtangga semata sehingga melupai tujuan kehidupan yang sebenar. Untuk itu, Islam mensyariatkan talak dan beberapa pintu lain seperti khulu’ dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari neraka kehidupan dan mencari ketenteraman yang baru. Islam tidak seperti sesetengah agama yang menganggap perkahwinan itu semestinya abadi dan tiada jalan keluar lagi sekalipun terpaksa hidup memamah derita.

4. Pemikiran sesetengah masyarakat Islam bahawa penceraian atau talak itu semua buruk adalah tidak benar. Talak atau cerai adakalanya disuruh oleh al-Quran, jika perkahwinan sudah tidak lagi membawa kebaikan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231). (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Maka talak itu jika membawa kebaikan seperti mengelakkan kezaliman antara suami dan isteri atau anak-anak, maka itu adalah suatu kebaikan. Jika membawa keburukan maka keburukan atau perkara negatif dibenci oleh Allah dan RasulNya. Adapun hadis riwayat Abu Daud:
“Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak” merupakan sebuah hadis yang dhaif atau lemah.(lihat: al-Albani, Irwa al-Ghalil, 7/106, Beirut: al-Maktab al-Islami).
Sementara hadis:
“Kahwinilah dan jangan kamu talak, kerana talak itu menggoncang Arasy” adalah sebuah hadis yang palsu. (lihat: al-Albani, al-Silsilah al-Daifah, 1/278, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).
Hadis ini amat tidak lojik, bagaimana mungkin Arasy Allah bergegar dengan perceraian seseorang?! Sedangkan Nabi s.a.w sendiri pernah mentalakkan isteri baginda.

5. Wanita juga boleh memohon fasakh (bubar perkahwinan) atau khulu’ (tebus talak) jika dia merasakan suaminya sudah tidak sesuai dengannya dan dia tidak mampu lagi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah s.a.d dan mengadu:
“Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat al-Bukhari).
Membenci kekufuran dalam Islam bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman. Ada juga para ulama yang menafsirkan maksudnya dia terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H):
“Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu’ (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya. Ini berdasarkan firman Allah: (maksudnya): “jika kamu takut keduanya (suami isteri) tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya”(Surah al-Baqarah:229) (Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/267, Kaherah: Hijr).

6. Seorang suami yang menagih dadah boleh membahayakan isteri. Sama ada boleh membawa penyakit yang bahaya seperti aids atau mendorong dia berlaku kejam. Kes-kes seperti ini tidak sepatutnya ditangguhkan. Surat bukti sah suami terjebak dengan dadah sepatutnya cukup untuk memboleh perkahwinan dibatalkan oleh pihak kadi atau mahkamah. Ini jika mahkamah mempunyai kesedaran tentang keadilan melebihi kecenderungan mempertahankan kerenah birokrasi.

7. Sebenarnya, banyak perkara yang disebut oleh para ulama yang membolehkan perkahwinan dibatalkan atau dibubarkan (fasakh) apabila berlaku kezaliman kepada isteri. Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan ketika mambahaskan tentang memisahkan (tafriq) suami dan isteri disebabkan mudarat menyebut dua jenis mudarat yang memboleh isteri menuntut untuk dia dipisahkan.
Satunya, mudarat dari segi fizikal seperti suami memukul, atau membuatkan sesuatu yang menyebabkan kecederaan. Kedua, segi jiwa atau psikologi seperti suami memakinya, atau tidak lagi mahu bersetubuh dengannya, atau menengkingnya atau enggan berbicara dengannya. Dr. Zaidan juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat. Ini seperti yang berlaku dalam kalangan mereka yang tidak senonoh. Di samping itu tambahan kepada dipisahkan, dia patut dihukum untuk diadabkannya. Ini seperti jika dia meliwat isteri”. Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (difasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Dr Zaidan, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah 8/439. Beirut: Muassasah al-Risalah).

8. Jelas, Islam sama sekali tidak pernah menzalimi wanita. Apa yang berlaku dalam banyak keadaan adalah disebabkan oleh pengurusan sesetengah pihak tentang urusan wanita yang tidak menekan nilai-nilai keadilan, keselamatan wanita, perasaan mereka yang lemah dan seumpamanya. Janganlah disalahkan Islam, sebaliknya lihat keadilan Islam jendela nas-nas yang sahih.

9. Perkara yang terpenting dalam hal puan ini, berdoalah kepada Allah agar dibebaskan diri dari keadaan puan dan diberi gentian suami yang lebih baik dan soleh. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang masa depan seseorang, pohonlah masa depan yang baik daripadaNya.

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN..

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN
Sumber: iLuvislam

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


NOTA ARTIKEL
Saya hanya ada dua rumusan yang boleh dibuat tentang soal hati:

1. Kita Diseru Untuk Memilih Pasangan Hidup
Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1-4:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا

(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا
(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا
(4) Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Perintah Allah agar kita memilih jodoh masing-masing dan berkahwin demi mencari keredhaan-Nya dikuatkan lagi oleh hadis ini:

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."

2. Ketentuan Tuhan
Sebuah hadis ada menyebut:
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”

Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.
“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.

Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.

NOTA TAMBAHAN

Gunakan Akal & Ikut Gerak Hati (Dipetik daripada hasil perbincangan dalam forum mesra.net. Disusun oleh Che Ahmad)
Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Percaya
Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

NOTA: Berkenaan mimpi petunjuk – “Saya tak jumpa mana-mana hadis yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita ada preference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan, bukan petunjuk dari Allah.” (rahim11)

Solat Istikharah

(sumber: Nasbunnuraini)
Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.” (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:
“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”
Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat” (HR.Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.

Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)

Wallahu’alam. Selamat mencari jodoh.
( Botolkicap: Saya sekadar berkongsi maklumat yang saya perolehi)