Tuesday, December 29, 2009

Bercuti ke Genting Highlands


Aku dah lama terpikir nak bawa anak aku jalan-jalan ke Genting Highlands Kota Keriangan tapi belum berkesempatan. Aku sendiri pun dah lama benar tak berkunjung ke tempat yang menjadi kunjungan orang-orang yang nak melepaskan tension. Kali pertama 16 belas tahun lepas bersama dengan student aku seramai satu bas. Kali ni aku nak pergi dengan anak aku dan adik-adik. saje aku nak belanja dorang pulak selepas aku belanja rakan-rakan satu opis minggu lepas. Ini juga sebagai hadiah untuk diri sendiri, anak aku yang tiga kali dapat no 1 dalam kelas dan khatam quran. Ini juga sebagai hadiah untuk meriangkan hati anak aku yang kadang-kadang merungut kawan-kawannya pergi bercuti dengan ayah mereka ke tempat-tempat yang menarik.

Nah ! Sha kesayangan umi..walaupun abah sha dah takde ..umi pun boleh bawa sha g jalan-jalan ke tempat-tempat macam ni...

Aku pun berpakatlah dengan adik aku yang tinggal kat KL. Kami ambil bas kat Terminal Putra pada 27 Dis 2009, ahad yang lepas. Tergambar wajah keriangan di muka anak aku dan adik -adik aku. Muka aku pun rasanya macam tu jugak kot...hehe!

WOHA! kita dah sampai di Genting Highlands. Kejap lagi nak naik kabel car la pulak. Seb baik kami amdil bas awal pagi, jam 8 dan bila sampai ke skyway station orang belum ramai, pendek kata nak naik satu cabel car sorang pun takde masalah.



Ahhh....cabel car dah mula bergerak...kecut perut..adik adik aku begitu teruja sekali...

Sayup + gayat memandang ke bawah...berapa puluh buah agaknya cabel car ni bergerak dalam satu masa?


Sempat lagi bergambar sambil melambai tangan kat member sebelah...dah nak sampai dah! Laarrr lupa pulak nak tengok jam berapa minit masa yang di ambil untuk sampai ke puncak..tapi aku rasa lebih kurang 10-15 minit jer...


Alhamdulillah dah selamat sampai...masa mula -mula sampai kami terpinga-pinga tak tau nak menuju ke mana..maklumlah datang sini 16 tahun lepas, aku dah ingat-ingat lupe...adik-adik aku tu lagi ler...pertama kali datang...


Sambil-sambil perhatikan orang yang dah mula ramai ni...sempat posing...cuaca pagi sejuuukkkk..

Lelaki yang satu-satunya ada dalam grup ni adalah adik ipar aku..





Akhirnya kami menambil tiket untuk outdoor game sahaja...itu pun RM38 untuk sorang... takpelah sebelum ni aku tak pernah belanja mereka dengan cara bawa makan angin cam ni....


Tengoklah dorang tu..bukan main lagi...itu [un tak tau nak main yang mana satu dulu...


Ini mainan kedua yang kami naik...ntah apa nama..mainan yang pertama tadi..ya Allah hai...pirate train, tak mencabar langsung..macam orang bodoh dok tercongok dalam kete kecek masuk dalam rumah gelap..ingatkan laju...yang ni ok lah jugak terbang tinggi....

Ini mainan ketiga...the spinner...masa tengah berpusing tu aku tak dengar suara orang lain melainkan suara anak aku menjerit dan juga suara adik ipar aku...hehehe. Sha kata mainan ni yang paling seronok...


Orang dah mula ramai, maklumlah hari minggu...hampir semua tempat mainan dah dipenuhi orang yang beratur menunggu giliran...nak naik cyclone tapi tengok orang punyalah ramai..kami pergi ke tempat-tempat mainan lain...
Waaahhh! ada orang buat magic show...

Abang api pun ada...!


Jauh sikit sha!...takut tersambar api tu....

Si kecik ni pun tumpang sekaki?....bukan main lagi....



Ini mainan yang paling jadi tumpuan, punyalah ramai orang beratur menunggu giliran...aku tak larat nak beratur sekali...aku tumpang menjerit je ker kat bawah....






hari dah petang, kami pun nak balik dah...banyak juga mainan yang tak sempat kami main, tak pe lain kali kalau ada rezeki lebih..kami datang lagi. tapi anak dah cukup seronok dah malah dah keletihan dan tak larat nak jalan....Bye Genting Highlands

No comments:

Post a Comment