Monday, December 7, 2009





Alhamdulillah, anak aku yang satu satunya ini dah khatam al quran pada usia 9 tahun. itupun setelah hampir 5 tahun dia mengaji sejak umur 4 tahun.



teringin juga nak citer kat sini mengapa sampai hampir 5 tahun dia mengaji baru boleh khatam. Semasa aku melahirkan dia, aku tinggal dengan dengan ibu dan ayah aku, sebaik sahaja selepas habis cuti bersalin 2 bulan, mak aku yang jaga dia semasa aku pergi kerja sehingga lah umur dia 2 tahun lebih. Selepas itu aku mula membawa anak aku ke nursery setelah ayah aku sakit keluar masuk hospital. mak dah tak boleh nak jaga dia sebab kena ayah di hospital. Maka bermula dari situ anak aku membesar di nursery dan mula masuk tadika pada umur 3 tahun. Setelah dia mula pandai membaca pada usia 4 tahun aku memasukkan pakej mengaji 'Iqraq' di tadika yang sama sehinggalah ke membaca muqaddam. Budak-budak di tadika ni kebanyakannya dari kalangan orang berada dan hampir separuh merupakan anak-anak doktor dan kakitangan HUSM. Dari segi hubungan sosial dengan kawan-kawan tu aku rasa okeyla sebab anak aku berkawan dengan anak-anak oarang cerdik pandai, cuma satu je...aku dapati tadika ni kurang memberi penekanan kepada modul Iqraq. Tu pasal la agak slow sikit.

Dalam masa yang sama aku tertarik pula dengan citer kawan aku, arwah ****. Anaknya yang sebaya dengan anak aku dah hampir khatam quran hanya dalam masa tak sampai 2 tahun. Anaknya dihantar tadika dan mengaji di sebuah tadika berhampiran rumahnya iaitu Tadika ****. Kalau nak diikutkan tak delah jauh dari rumah aku cuma aku kena patah ke belakang sebelum boleh terus pergi kerja. Tadika tempat darwisha mengaji sekarang di laluan yang sama ke tempat kerja.

Pikir punya pikir lalu akupun buat keputusan nak masukkan anak aku di tadika tu dengan niat supaya dia lebih lancar dalam mengaji quran dan cepat khatam. Maka pada usia 5 tahun aku pun daftarkan dia di Tadika ****.

Persepsi pertama aku bila sampai ke tadika ni...sedikit negatif...sebab macam tak terurus persekitarannya. semak samun agak tebal di belakang dan nampak seperti sebuah balai raya yang tak terjaga di kampung-kampung. Takpelah...aku cuba memujuk hati... kalau arwah boleh letak anak-anaknya kat sini mengapa aku tidak? Yang penting anak aku boleh mengaji dan khatam sebelum masuk masuk darjah 1.

Sebagai pelajar baru di tadika tu, ustazahnya kata kena stat Iqraq 1 semula, tak boleh nak main sambung dengan apa yang dia mengaji masa tahun lepas. Dalam hati aku...laarrr...macam tu ker? kalau macam lambatlah khatam ...tak pelah...at least dia boleh ingat balik hukum-hukum bacaan pada peringkat awal iqraq.

Jdi aku kena terima saje apa yang ustazah tu cakap. Selepas seminggu aku mula bertanya anak aku..seronok ke mengaji kat situ, kawan-kawan macammana? Okey ke? Seperti yang aku jangka pada awalnya...memang tak terurus...katanya tak seronok, tempat kotor, bilik air busuk, lantai melekit, kalau nak menuju ke ruang makan, jari kaki kena cengkam, silap-silap boleh terjatuh, makan tak sedap dan macam-macam lagi...

Aduh! macam mana ni?... Aku cuba memujuk anak aku minta supaya bersabar, sebenarnya aku yang kena bersabar lebih, kalau aku pindahkan dia ke tadika lain, alamat belum tentu boleh khatam sebelum masuk darjah 1. Tak per...sabar-sabar!

Selepas dua bulan, anak aku bawa balik masalah baru yang tak pernah berlaku padanya sebelum ini dan dah lama benar aku tak dengar pasal benda ni...KUTU KEPALA! Tak de perkara lain yang terlintas di fikiran aku melainkan dia bawa kutu ni dari tadika itulah...Masa kat tadika sebelum ni tahun lepas tak de pun masalah ni... Adoi! pening aku fikirkannya...kesian anak aku...

Hampir setiap hari anak aku pulang dengan rungutan, dan aku sendiri pun hampir hilang sabar... anak aku selesai ke Iqraq 8, muqaddam dan sampai ke juzuj 13 Al Quran dalam tempoh 10 bulan.

Lalu untuk tahun berikutnya aku nekad nak pindahkan anak aku ke tadika asal. Tak sanggup aku biarkan darwisha berada di tempat yang kotor untuk tempoh setahun lagi. Bila balik ke tadika asal..jawabnya mengaji pun kena balik asal, nasib baik mula dengan juzuk 1, kalau mula dengan Iqraq 1, tak ke haru aku dibuatnya.

Bila berada di tadika asal, aku tengok darwisha happy, belajar dalam keadaan selesa dan tidak ada KUTU KEPALA! timbul rasa bersalah dalam diri, hanya disebabkan aku nak sangat dia khatam awal, maka dia yang terpaksa melalui pengalaman yang 'mengerikan' itu ketika berusia 5 tahun. Memang betul, anak aku bukannya didera, tak diberi makan, kena buli atau berlaku kejadian buruk yang lain, dia cuma berada di tempat yang kurang bersih sahaja...








Tapi aku rasa situasi itu boleh memberi kesan kepada emosi dan perkembangan sosialnya. Bila dia pulang dengan rungutan setiap hari, dia sebenarnya memberi petanda kurang seronok untuk belajar, malah mungkin minat untuk belajar tiada langsung walaupun anak aku marupakan antara student yang plg digemari oleh ustazah-ustazahnya di tadika itu. Mana tak suka...dia masuk tadika tu pada usia 5 tahun dan dah pandai membaca buku cerita.

Sepanjang tahun 2006, pada usia 6 tahun, setelah mula semula dengan juzuk 1, dia berjaya menghabiskan hingga juzuk 6 sahaja. Setelah masuk tahun 1 iaitu pada tahun 2007, aku memikirkan kat mana pula aku nak hantar mengaji anak aku ni...Kelas mengaji alQuran yang agak terkenal dan dah lama beroperasi yang menawarkan kelas malam ada, tapi agak jauh sikit dari rumah aku...ishk..taknaklah...malam ni...kata hati aku..




Kebetulan ada sebuah tadika yang baru dibuka berhampiran dengan rumah aku ada manawarkan kelas Al Quran pada sebelah malam. Maka aku pun mengambil mudah dan daftarkan anak aku disitu. Laaa...tau-tau kena start semula dengan juzuk 1 jugak...Adoii...kali ketiga anak aku stat juzuk 1. Tak pelah...apa nak gaduh...dia muda lagi....asal mengaji tu tak terhenti di situ...

Sekali...slow sangat la pulak...ulang muka surat sama sampai seminggu...apa kes? setahun di situ sampai juzuk 7 je...

Aku mula mencari langkah yang lain...ni tak boleh jadi ni...anak aku dah tiga kali mengulang juzuk yang sama, rasanya tak tergagap-gagap lagi dalam mengaji dan dah mengenal pun hukum hukum tajwid.

Lalu tempat mengaji anak aku bertukar lagi, kali ni aku tekad..takpelah bersusah sikit, malam pun malam lah, jauh sikit pun takper asal dia boleh mengaji dan khatam. Aku pun daftarkan anak aku mengaji di Assyabab, Kubang Kerian. Dan agaknya Allah dah aturkan perjalanan kami dua beranak dalam mendalami Al Quran, kebetulan sebelah Assyabab tu ada menawarkan kelas mengaji Quran untuk dewasa, juga sebelah malam. susah nak cari kelas malam untuk perempuan dewasa dan diajar oleh ustazah. Kalau adapun tak bersesuaiana dengan masa dan jarak lebih jauh. banyak kelas untuk lelaki dewasa saja. Maka kami pun keluar hampir setiap malam untuk mengaji quran. Dan Alhamdulillah, aku khatam setelah 18 bulan mengaji dan darwisha 20 bulan mengaji. Syukur sangat sebab aku mengaji masa zaman budak-budak dulu tanpa hukum tajwid dan tak sempat khatam pun.



Dan sekarang kami masih terus mengaji selagi tiada aral melintang dan selagi diizinkan Allah. Masa majlis khatam Quran ni Darwisha dipilih untuk membuka majlis dengan bacaan surah Luqman ayat 1 hingga 10. Nak dijadikan cerita malam sebelum tu dia demam bengkak tonsil. aku cepat-cepat bw dia ke klinik dan kuatkan semangat dia dan terus bagi sokongan.




Ni gambar sekitar majlis khatam quran pertengahan nov aritu...












Wallahuallam.

4 comments:

  1. Tahniah...
    Alhamdulillah khatam Quran.
    Doakan semuanya baik2 je utk u n ur daughter. :)
    Ameen...

    ReplyDelete
  2. the aku: tq kerana menjenguk blog saya..dan tq juga atas ucapan tahniah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..salam ziarah dr saya..
    seronok baca entri ini..

    Semga, darwisha sentiasa berusaha untuk mendalami ilmu al-Quran..

    Allah yubaarik fik..

    ReplyDelete
  4. Salam....puan, saya tahu di mana ye Assyabab, Kubang Kerian nii.. saya berhajat juga untuk mengantar anak saya. terima kasih

    ReplyDelete