Wednesday, December 30, 2009

JALAN-JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR

Aku ambil cuti 3 hari, ahad dah pergi Genting Highlands, Isnin pulak takkan nak dok tercongok jer ket rumah adik aku...kalau nak tidur kat rumah di kota bharu pun boleh tidur...lalu aku paksa adik-adik aku dan sha bersiap, hari ni kita g KLCC, kita dok situ dari pagi sampai petang..JOM! Dengan muka sedikit malas dorang pun bersiap...

Dari rumah adik aku di apartment Sri Rampai kami naik cab ke stesen LRT Wangsa Maju. sebelum sampai ke KLCC ada beberapa stesen yang disinggah termasuk le Setiawangsa...eh stesen ni dekat dengan rumah Nenek n Tok Abah Darwisha, nenek belah arwah abahnya..nak singgah ke tak bila balik karang...singgah ke tak?...tak payahlah...



Kami ambil tren lepas jam 9, kalau ambil lebih awal tentu sesak dengan orang nak masuk opis, ni pun lepas jam 9 pun sesak jugak. kamu sampai kat KLCC ni jan 9.35..kedai pun belum bukak..tak pe aahhh..ambil gambar dulu...dalam ati apa aku nak buat sebenarnya kat sini...nak shopping duit dah abis kat genting semalam...aahhh bukannya susah...window shooping ler...






Pusing-pusing punya pusing sampai keletihan tapi seronok la jugak, kat tengah-tengah tu ada ler replica sambutan krismas..apa lagi ambik gambar ler...


Gambar lagi.....








Lepas penat berjalan kat KLCC, petang tu adik aku bawa kami g ke Muzium Negara dan jalan-jalan kat Taman Tasik Titiwangsa bersama baby MYRA,



Selasa pulak kami g Sogo, kat sini baru lah boleh shopping, sebab ada sale yang sesuai dengan duit aku, kat KLCC semalam pun ada sale gak tapi masih belum sesuai dengan duit yang tinggal itu pun sempat beli handbag baru kat ISETAN...hehe..
Kat Sogo aku beli baju kat adik-adik aku ni..tak ketinggalan keperluan anak aku yang sorang ni tapi berpadanan la dengan kemampuan aku..beli baju yang ada less 70%!


Dah penat berjalan kami makan kat Food Court d 6th Floor...jap lagi adik aku datang ambil jam 4 petang an malam ni nak balik kb naik bas jam 9.30 mlm. Alhamdulillah kami selamat sampai...






































Tuesday, December 29, 2009

Bercuti ke Genting Highlands


Aku dah lama terpikir nak bawa anak aku jalan-jalan ke Genting Highlands Kota Keriangan tapi belum berkesempatan. Aku sendiri pun dah lama benar tak berkunjung ke tempat yang menjadi kunjungan orang-orang yang nak melepaskan tension. Kali pertama 16 belas tahun lepas bersama dengan student aku seramai satu bas. Kali ni aku nak pergi dengan anak aku dan adik-adik. saje aku nak belanja dorang pulak selepas aku belanja rakan-rakan satu opis minggu lepas. Ini juga sebagai hadiah untuk diri sendiri, anak aku yang tiga kali dapat no 1 dalam kelas dan khatam quran. Ini juga sebagai hadiah untuk meriangkan hati anak aku yang kadang-kadang merungut kawan-kawannya pergi bercuti dengan ayah mereka ke tempat-tempat yang menarik.

Nah ! Sha kesayangan umi..walaupun abah sha dah takde ..umi pun boleh bawa sha g jalan-jalan ke tempat-tempat macam ni...

Aku pun berpakatlah dengan adik aku yang tinggal kat KL. Kami ambil bas kat Terminal Putra pada 27 Dis 2009, ahad yang lepas. Tergambar wajah keriangan di muka anak aku dan adik -adik aku. Muka aku pun rasanya macam tu jugak kot...hehe!

WOHA! kita dah sampai di Genting Highlands. Kejap lagi nak naik kabel car la pulak. Seb baik kami amdil bas awal pagi, jam 8 dan bila sampai ke skyway station orang belum ramai, pendek kata nak naik satu cabel car sorang pun takde masalah.



Ahhh....cabel car dah mula bergerak...kecut perut..adik adik aku begitu teruja sekali...

Sayup + gayat memandang ke bawah...berapa puluh buah agaknya cabel car ni bergerak dalam satu masa?


Sempat lagi bergambar sambil melambai tangan kat member sebelah...dah nak sampai dah! Laarrr lupa pulak nak tengok jam berapa minit masa yang di ambil untuk sampai ke puncak..tapi aku rasa lebih kurang 10-15 minit jer...


Alhamdulillah dah selamat sampai...masa mula -mula sampai kami terpinga-pinga tak tau nak menuju ke mana..maklumlah datang sini 16 tahun lepas, aku dah ingat-ingat lupe...adik-adik aku tu lagi ler...pertama kali datang...


Sambil-sambil perhatikan orang yang dah mula ramai ni...sempat posing...cuaca pagi sejuuukkkk..

Lelaki yang satu-satunya ada dalam grup ni adalah adik ipar aku..





Akhirnya kami menambil tiket untuk outdoor game sahaja...itu pun RM38 untuk sorang... takpelah sebelum ni aku tak pernah belanja mereka dengan cara bawa makan angin cam ni....


Tengoklah dorang tu..bukan main lagi...itu [un tak tau nak main yang mana satu dulu...


Ini mainan kedua yang kami naik...ntah apa nama..mainan yang pertama tadi..ya Allah hai...pirate train, tak mencabar langsung..macam orang bodoh dok tercongok dalam kete kecek masuk dalam rumah gelap..ingatkan laju...yang ni ok lah jugak terbang tinggi....

Ini mainan ketiga...the spinner...masa tengah berpusing tu aku tak dengar suara orang lain melainkan suara anak aku menjerit dan juga suara adik ipar aku...hehehe. Sha kata mainan ni yang paling seronok...


Orang dah mula ramai, maklumlah hari minggu...hampir semua tempat mainan dah dipenuhi orang yang beratur menunggu giliran...nak naik cyclone tapi tengok orang punyalah ramai..kami pergi ke tempat-tempat mainan lain...
Waaahhh! ada orang buat magic show...

Abang api pun ada...!


Jauh sikit sha!...takut tersambar api tu....

Si kecik ni pun tumpang sekaki?....bukan main lagi....



Ini mainan yang paling jadi tumpuan, punyalah ramai orang beratur menunggu giliran...aku tak larat nak beratur sekali...aku tumpang menjerit je ker kat bawah....






hari dah petang, kami pun nak balik dah...banyak juga mainan yang tak sempat kami main, tak pe lain kali kalau ada rezeki lebih..kami datang lagi. tapi anak dah cukup seronok dah malah dah keletihan dan tak larat nak jalan....Bye Genting Highlands

Wednesday, December 23, 2009

Majlis Kesyukuran

Alhamdulillah, 21 Dec isnin baru ni aku buat sedikit majlis kesyukuran yang sederhana di opis, belanja kawan-kawan brekfest. aku tempah pulut kuning bersama rendang ayam, daging kerutuk, beehun goreng. pastu aku buat puding ice krim dan bawa juga kueh tepung pelita.
Makan beramai ramai bersama kawan-kawan.

Lupe la pulak nak rotate gambar mamat ni tengah senduk pulut...

Pada majlis aritu aku bawa anak aku sekali ke opis untuk makan-makan bersama dengan kawan-kawan aku..






Sempat lagi bagi pose istimewa gitu...





Gambar majlis Khatam Quran



Ni adalah gambar sekitar majlis khatam quran darwisha aritu, entry ari tu tak sempat nak upload gambar ni, nah tengoklah...






Ni pulak semasa dia dijemput sebagai pembuka majlis dengan membacakan surah Luqman ayat 1 - 10. Baca dalam keadaan dia tak sihat, bengkak tonsil...














Ni pulak pulut semangat yang aku buat sendiri, yang aku rasa geli hati apabila pulut aku diletakkan bersebelahan dengan pulut yang lagi tinggi mengalahkan pulut orang nak bersanding..












Monday, December 7, 2009





Alhamdulillah, anak aku yang satu satunya ini dah khatam al quran pada usia 9 tahun. itupun setelah hampir 5 tahun dia mengaji sejak umur 4 tahun.



teringin juga nak citer kat sini mengapa sampai hampir 5 tahun dia mengaji baru boleh khatam. Semasa aku melahirkan dia, aku tinggal dengan dengan ibu dan ayah aku, sebaik sahaja selepas habis cuti bersalin 2 bulan, mak aku yang jaga dia semasa aku pergi kerja sehingga lah umur dia 2 tahun lebih. Selepas itu aku mula membawa anak aku ke nursery setelah ayah aku sakit keluar masuk hospital. mak dah tak boleh nak jaga dia sebab kena ayah di hospital. Maka bermula dari situ anak aku membesar di nursery dan mula masuk tadika pada umur 3 tahun. Setelah dia mula pandai membaca pada usia 4 tahun aku memasukkan pakej mengaji 'Iqraq' di tadika yang sama sehinggalah ke membaca muqaddam. Budak-budak di tadika ni kebanyakannya dari kalangan orang berada dan hampir separuh merupakan anak-anak doktor dan kakitangan HUSM. Dari segi hubungan sosial dengan kawan-kawan tu aku rasa okeyla sebab anak aku berkawan dengan anak-anak oarang cerdik pandai, cuma satu je...aku dapati tadika ni kurang memberi penekanan kepada modul Iqraq. Tu pasal la agak slow sikit.

Dalam masa yang sama aku tertarik pula dengan citer kawan aku, arwah ****. Anaknya yang sebaya dengan anak aku dah hampir khatam quran hanya dalam masa tak sampai 2 tahun. Anaknya dihantar tadika dan mengaji di sebuah tadika berhampiran rumahnya iaitu Tadika ****. Kalau nak diikutkan tak delah jauh dari rumah aku cuma aku kena patah ke belakang sebelum boleh terus pergi kerja. Tadika tempat darwisha mengaji sekarang di laluan yang sama ke tempat kerja.

Pikir punya pikir lalu akupun buat keputusan nak masukkan anak aku di tadika tu dengan niat supaya dia lebih lancar dalam mengaji quran dan cepat khatam. Maka pada usia 5 tahun aku pun daftarkan dia di Tadika ****.

Persepsi pertama aku bila sampai ke tadika ni...sedikit negatif...sebab macam tak terurus persekitarannya. semak samun agak tebal di belakang dan nampak seperti sebuah balai raya yang tak terjaga di kampung-kampung. Takpelah...aku cuba memujuk hati... kalau arwah boleh letak anak-anaknya kat sini mengapa aku tidak? Yang penting anak aku boleh mengaji dan khatam sebelum masuk masuk darjah 1.

Sebagai pelajar baru di tadika tu, ustazahnya kata kena stat Iqraq 1 semula, tak boleh nak main sambung dengan apa yang dia mengaji masa tahun lepas. Dalam hati aku...laarrr...macam tu ker? kalau macam lambatlah khatam ...tak pelah...at least dia boleh ingat balik hukum-hukum bacaan pada peringkat awal iqraq.

Jdi aku kena terima saje apa yang ustazah tu cakap. Selepas seminggu aku mula bertanya anak aku..seronok ke mengaji kat situ, kawan-kawan macammana? Okey ke? Seperti yang aku jangka pada awalnya...memang tak terurus...katanya tak seronok, tempat kotor, bilik air busuk, lantai melekit, kalau nak menuju ke ruang makan, jari kaki kena cengkam, silap-silap boleh terjatuh, makan tak sedap dan macam-macam lagi...

Aduh! macam mana ni?... Aku cuba memujuk anak aku minta supaya bersabar, sebenarnya aku yang kena bersabar lebih, kalau aku pindahkan dia ke tadika lain, alamat belum tentu boleh khatam sebelum masuk darjah 1. Tak per...sabar-sabar!

Selepas dua bulan, anak aku bawa balik masalah baru yang tak pernah berlaku padanya sebelum ini dan dah lama benar aku tak dengar pasal benda ni...KUTU KEPALA! Tak de perkara lain yang terlintas di fikiran aku melainkan dia bawa kutu ni dari tadika itulah...Masa kat tadika sebelum ni tahun lepas tak de pun masalah ni... Adoi! pening aku fikirkannya...kesian anak aku...

Hampir setiap hari anak aku pulang dengan rungutan, dan aku sendiri pun hampir hilang sabar... anak aku selesai ke Iqraq 8, muqaddam dan sampai ke juzuj 13 Al Quran dalam tempoh 10 bulan.

Lalu untuk tahun berikutnya aku nekad nak pindahkan anak aku ke tadika asal. Tak sanggup aku biarkan darwisha berada di tempat yang kotor untuk tempoh setahun lagi. Bila balik ke tadika asal..jawabnya mengaji pun kena balik asal, nasib baik mula dengan juzuk 1, kalau mula dengan Iqraq 1, tak ke haru aku dibuatnya.

Bila berada di tadika asal, aku tengok darwisha happy, belajar dalam keadaan selesa dan tidak ada KUTU KEPALA! timbul rasa bersalah dalam diri, hanya disebabkan aku nak sangat dia khatam awal, maka dia yang terpaksa melalui pengalaman yang 'mengerikan' itu ketika berusia 5 tahun. Memang betul, anak aku bukannya didera, tak diberi makan, kena buli atau berlaku kejadian buruk yang lain, dia cuma berada di tempat yang kurang bersih sahaja...








Tapi aku rasa situasi itu boleh memberi kesan kepada emosi dan perkembangan sosialnya. Bila dia pulang dengan rungutan setiap hari, dia sebenarnya memberi petanda kurang seronok untuk belajar, malah mungkin minat untuk belajar tiada langsung walaupun anak aku marupakan antara student yang plg digemari oleh ustazah-ustazahnya di tadika itu. Mana tak suka...dia masuk tadika tu pada usia 5 tahun dan dah pandai membaca buku cerita.

Sepanjang tahun 2006, pada usia 6 tahun, setelah mula semula dengan juzuk 1, dia berjaya menghabiskan hingga juzuk 6 sahaja. Setelah masuk tahun 1 iaitu pada tahun 2007, aku memikirkan kat mana pula aku nak hantar mengaji anak aku ni...Kelas mengaji alQuran yang agak terkenal dan dah lama beroperasi yang menawarkan kelas malam ada, tapi agak jauh sikit dari rumah aku...ishk..taknaklah...malam ni...kata hati aku..




Kebetulan ada sebuah tadika yang baru dibuka berhampiran dengan rumah aku ada manawarkan kelas Al Quran pada sebelah malam. Maka aku pun mengambil mudah dan daftarkan anak aku disitu. Laaa...tau-tau kena start semula dengan juzuk 1 jugak...Adoii...kali ketiga anak aku stat juzuk 1. Tak pelah...apa nak gaduh...dia muda lagi....asal mengaji tu tak terhenti di situ...

Sekali...slow sangat la pulak...ulang muka surat sama sampai seminggu...apa kes? setahun di situ sampai juzuk 7 je...

Aku mula mencari langkah yang lain...ni tak boleh jadi ni...anak aku dah tiga kali mengulang juzuk yang sama, rasanya tak tergagap-gagap lagi dalam mengaji dan dah mengenal pun hukum hukum tajwid.

Lalu tempat mengaji anak aku bertukar lagi, kali ni aku tekad..takpelah bersusah sikit, malam pun malam lah, jauh sikit pun takper asal dia boleh mengaji dan khatam. Aku pun daftarkan anak aku mengaji di Assyabab, Kubang Kerian. Dan agaknya Allah dah aturkan perjalanan kami dua beranak dalam mendalami Al Quran, kebetulan sebelah Assyabab tu ada menawarkan kelas mengaji Quran untuk dewasa, juga sebelah malam. susah nak cari kelas malam untuk perempuan dewasa dan diajar oleh ustazah. Kalau adapun tak bersesuaiana dengan masa dan jarak lebih jauh. banyak kelas untuk lelaki dewasa saja. Maka kami pun keluar hampir setiap malam untuk mengaji quran. Dan Alhamdulillah, aku khatam setelah 18 bulan mengaji dan darwisha 20 bulan mengaji. Syukur sangat sebab aku mengaji masa zaman budak-budak dulu tanpa hukum tajwid dan tak sempat khatam pun.



Dan sekarang kami masih terus mengaji selagi tiada aral melintang dan selagi diizinkan Allah. Masa majlis khatam Quran ni Darwisha dipilih untuk membuka majlis dengan bacaan surah Luqman ayat 1 hingga 10. Nak dijadikan cerita malam sebelum tu dia demam bengkak tonsil. aku cepat-cepat bw dia ke klinik dan kuatkan semangat dia dan terus bagi sokongan.




Ni gambar sekitar majlis khatam quran pertengahan nov aritu...












Wallahuallam.

Sunday, December 6, 2009

lama tak update blog

assalamualaikum..

lama benar aku tak update blog sebab sibuk sangat dengan tugas, keluar meeting, kursus, habiskan silibus, tanda assignment student, siapkan markah ujian, update file dan macam-macam lagi. banyak gambar yang aku ambil- tengok-tengok dah hilang dari camera digutal aku..heran betul ..macam mana boleh hilang gambar-gambar tu semua...seingat aku gambar tu masih ada sebelum aku g kedai nak basuh gambar, tak tau la apa yang budak kedai tu buat dengan memori kad tu...

hah..skang pulak aku dah kena quit dari blog ni sebab nak solat asar...tengoklah bila ada free nanti aku nak masuk new post...bye