Aku bangun pagi dan bersiap-siap nak masak mee kari, kawan-kawan aku nak datang rumah hari ni....wah seronoknya nak jumpa dorang, aku siap ambil cuti lagi nak menerima kunjungan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa... cmah yang dok mengajar kat ipoh, lila yang tinggal di kuantan dan maini yang tinggal kat kota bharu ni jer tapi dah hampir 8 tahun tak jumpa...
Lila dan cmah hampir 11 tahun tak jumpa dan dorang berdua ni pulak dah 19 tahun tak jumpa dengan maini....aku dan cmah selalu bertelefon dan sms, last kami jumpa mei tahun lepas masa aku ada meeting kat ipoh, lila pulak last sekali jumpa 2 tahun lepas ketika kenduri arwah ayahnya...
cepatnya masa berlalu...
Tengoklah cmah dan maini begitu asyik dengar citer si lila, orang yang bercerita macam tak cukup mulut, orang yang mendengar pulak macam tak cukup telinga, masing-masing sibuk nak bercerita hal masing-masing.
Pertemuan ini penuh dengan gelak ketawa, teringat masa kitorang sama-sama tinggal di rumah sewa katika belajar dulu...masa muda-muda dulu....
Ini lah hidangan mee kari yang aku sediakan...sedaaaap..hehehe. sebenarnya aku cuma pandai buat mee kari...raya puasa mee kari, raya haji mee kari, pastu tu pulak kalau kawan call nak datang rumah..confirm mee kari! lila, cmah dan maini..kalau korang datang lagi tahun depan..mee kari jugak yang aku hidangkan...jangan marah..
Selain mee kari aku jiga sediakan pencuci mulut special untuk kawan-kawan lama, puding ais krim...
Cara nak buatnya senang je...next post aku bagi resepinya...
Tak puas mendengar cerita..lila terpaksa balik sebab nak berkejar pergi beli fresh flower untuk majlis akad nikah sepupunya pada malam nanti...lilaaa... lilaa..tak berubah engkau ya...macam tu lah daripada dulu...
Selepas solat zohor maini dan cmah pun nak balik...terharunya aku dapat jumpa kawan-kawan lama...hai...ntah bila la pulak kita akan berkumpul macam ni lagi dalam bilangan yang lebih ramai bersama-sama kawan-kawan yang lain...clah, sayani, marzeta, ju,..dan rosnani hamzah! Di mana rosnani hamzah sekarang?
No comments:
Post a Comment