Aku panik! Darwisha berak2 dan muntah lebih kurang 5 kali malam tadi, ini tak boleh jadi, aku kena bertindak segera, bukan ke klinik lagi tapi terus ke unit kecemasan hospital pakar perdana..duit boleh cari..tapi anak aku sorang ni jer...biar mendapat rawatan terbaik dari doktor yang terbaik, pakar kanak-kanak...lagipun dia ada insurans perubatan ...
Maka lebih kurang pukul 1o.30 pagi jumaat, 12 Mac 2010, darwisha ditempatkan di wad raflesia 554. Doktor sebenarnya bagi pilihan samada nak balik rumah atau masuk wad...aku buat keputusan masuk wad, kalau balik rumah, nanti aku tak tau nak buat apa kalau dia berak-berak lagi...
Lepas dibuat ujian darah, doktor mazidah, pakar kanak-kanak menyatakan darwisha cuma ada sedikit infection dalam perut, ..alhamdulillah..aku sangat-sangat bersyukur kerana bukannya denggi, malaria atau penyakit teruk yang lain..
masuk haru ke 2, Sabtu beraknya dah ok sikit, tak muntah dan demamnya dah hilang, tapi sampai sekarang ni dah masuk botol yang ke 4 air dimasukkan ke tubuhnya...
Semoga Allah memelihara anak aku sebaik-baiknya, dan kembali sembuh seperti biasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mudahan cepat sembuh! Amin..
ReplyDelete