Minggu lepas aku kena hadir kursus PTK di PJ. Ada 2 rasa, satu aku rasa cemas sebab kursus ni orang yang dah pernah hadir kata tensyen dan satu lagi rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama yang akan berkumpul di sini dari poli-poli lain.
Kursus ptk memang sangat menyiksakan, patutlah namanya ptk,Penyiksaan Tanpa Kesudahan. Yang bestnya dapat merasa dok hotel mewah, Eastin PJ.
Ini adalah kawan-kawan masa di ITTHO. Pie dan aku di pkb, farah pilak dah jadi kj di poli jeli, che lah jadi kk di puo anim pulah sempat merasa kejap jd kj di Kolej Komuniti Pasir Salak dan yang paling hebat adalah DR ZAM-ZAM. Yang sorang lagi tu adakah azizi , orang plg kuat dalam geng kitorang. Dia ni pensyarah kat Inst Penguruan Antarabangsa.. hebat-hebat belaka kawan-kawan aku. Geng dar PSA sorang pun takde..azie the leader pulak takde masa ni, dia dah balik ke rumah abangnya di damansara.
Tak tau bila pulak akan dapat berkumpul macam ni. masa berkumpul macam ni setelah 12 tahun bw haluan masing-masing, kami mengambil kesempatan bertanya khabar dan tak kurang juga mengutuk member lama....
harap-harap aku tak kena datang lagi kursus ptk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mek nori, terimo kasih kerana sudi berkongsi .. caro mu menulih tu kawe tabik, selamber giler , tapi kawe buke ore kuat la, kawe cumo gagoh sket ja, tapi apa pon kawe bersyukur dan gembira bertemu saing-saing kito dan jiko mari lagi contact kawe, insyaallah kawe tak dok hal gi ambik gi hantar (gi bawok balik pun boleh), insyaallah bertemu lagi jika diizinkan Allah swt, wasalam.
ReplyDelete