Tuesday, October 6, 2009

cheq pi penang!












Last week aku g penang, ada meeting kat sana. kami pergi bertiga. best gak ..lagi pun aku ni dah lama tak p penang. Member aku orang penang dah lama dok pomot kat penang ni macam-macam ada! ada pasemboq, cucur udang, char kuew tiaw, celuq-celuq, mee udang dan pasar malam sepanjang 4 km.

Kami sampai kat hotel. paradise sandy beach labih kurang jam 7.00 mlm. aku dapat bilik seeview.


ini view dari bilik aku. sonoknya! teringat masa sebelum aku pindah tinggal di kubang kerian, rumah aku betul betul di tepi pantai, tapi sekarang semuanya dah tak ada lagi..tapak rumah pun dah jadi lautan!


lepas makan malam kat hotel member aku ajak p pasar malam bt feringgi,...wah bestnya! nak tengok juga pasar malam yang dikatakan 4 km tu.


sampai di- sana aku jadi teruja sangat sebab hampir semua peniaga di situ menjual handbag. apa lagi, tersangatlah gembiranya aku sampai lupa nak ambil gambar. pastu baru aku perasan, memang la panjang pasar malam ni tapi cuma satu lorong je...kalau pasar borong wakaf che yeh..aku ingat lagi besar sebab berlorong-lorong!


hari kedua baru stat meeting, tempat lunch dan dinner dah di atur oleh urusetia dan pihak hotel, iaitu di tepi pantai. mulanya rasa macam best tapi kebetulan ari selasa tu angin dan ribut bagitu kencang, sehingga terganggu nak makan.




begitu juga dengan hari ketiga. laut pun berombak . pihak hotel pun pindahkan tempat makan kami ke tempat yang tertutup. ptg ptg hari ketiga kami keluar lagi nak pergi pekena char kuew tiaw. semasa melalui CITYBANK di bandar georgetown, kami tengok orang ramai memenuhi luar bangunan bank tersebut, kereta polis dan bomba pun ada...rupa-rupanya berlaku kejadian gempa bumi yang amat dasyat di sumatera sehingga boleh terasa gegarannya di bangunan bank tersebut.




Teringat masa tsunami 2004 dulu, member aku kata paradise hotel tu pun kena tsunami, meremang bulu roma aku...









walaubagaimanapun aku turut bersimpati dengan mangsa gempa, dan tak dapat bayangkan jika aku berada di tempat mereka. Allah maha kuasa yang mengatur seluruh kejadian alam. Semoga kita terus dilindungi Allah.


Member aku bawa p makan celuq-celuq. Ingatkan apa... rupanya steamboat. tapi di sini meja makan disediakan dengan satu periuk bersama dapur. kemudian air di masak dan kita sendiri yang celur hidangan tu...tu yang namanya celuq-celuq.


pakcik ni tengah nak nyalakan api.












Aku pulak dah tak sabar nak makan.


BANYAKNYAAA....









Kami order makan untuk 5 orang.






ni pulak pasemboq.






Mee udang RM10.00 sepinggan.








Murah sungguh rezeki yang Allah bagi. time ni teringat anak kat rumah dan mangsa gempa...

Hari ke empat kami round island. lebih kurang satu jam cukup satu pusingan. pastu kami p beli jeruk.





Macam-macam jeruk ada...aku beli le sikit, orang kata kalau mai penang, ole-ole yang wajib di bawa balik adalah jeruk lerrr







ari ke lima kami pun balik kb, bye...


No comments:

Post a Comment