Thursday, July 16, 2009

rumahku syurgaku











aku bina rumah ni lebih kurang lima tahun lepas. dengan kekuatan yang ada di samping percaya kepada Allah yang akan sentiasa menolong hambanya ini aku gagahkan tekad untuk merealisasikannya.


Alhamdulillah, ianya siap setahun setengah kemudian, setelah segala susah dan payah aku harungi seorang diri dengan bersaksikan airmata...emo la pulak...!

Blog ni kan macam diari, jadi aku tulislah apa yang aku rasa nak tulis...aku tak reti politik, mengumpat dan mengata artis, celebriti atau mana-mana tokoh yang dikenali ramai,aku pun bukan tau sangat pasal depa, lagipun ia akan menjadi fitnah jika tanpa bukti dan fakta...malah berdosa besar...lebih baiklah aku citer pasal aku jer...korang tak nak baca aku tak kisah...yang penting ini blog, AKU YANG PUNYA!!!


Rumah ni taklah besar, berkeluasan tak sampai 2000kps. nampak besar sebab ianya melebar di bahagian depan, tapi sebearnya ia nipis saja di bahagian dalamnya.








Design dan plan ni aku ilhamkan sendiri setelah aku belek majalah, tengok rumah orang, orang tu terdiri dr kengkawan aku sendiri, sedara mara aku, rumah-rumah ditepi jalan yang tengah dok buat pun aku redah masuk g tengok. aku memang tak malu dan segan dalam hal ni..janji ianya boleh memberi idea untuk aku buat design rumah...






Korang nampak tak ada setimbun batu bata di tepi pintu pagar rumah aku? itulah...setelah hampir 4 tahun aku dok rumah ni aku rasa macam kurang selesa je sebab umah akusempit sikit. mulanya aku terpikir nak buat renovation porch dijadikan living dan buat porch yang lain di sebelah tepi rumah..tapi setelah di amati rupanya living taklah perlu besar sangat, cukuplah dengan yang dah ada...kalau ada tetamu dikalangan sedara mara dan rakan-rakan rapat, dorangnya bukannya lepak di living, aku sendiri pun seronok sembang dgn dorang di famili area yang kebetulan ada ala-ala kaunter bar gitu...

jadi akupun buat keputusan nak besarkan famili area dan sambung bahagian dapur aku, buat wet kitchen. bahagian famili area aku yang baru aku dah post 2 ari lepas...korang bolehlah tengok. gambar wet kitchen aku tak masuk sebab ...alah wet kitchen ..apalah sangat!


laman rumah aku ni aku bangunkan sendiri, dengan tulang 4 kerat dengan bersaksikan titik peluh yang mencurah-curah, aku betungkus lumus bertanam bunga untuk mewujudkan suasana yang nampak real dan yang penting menyenangkan mata dan hati aku memandang...









aku fikir apa yang aku buat ni tidak menyusahkan orang termasuklah aku citer pasal umah aku dalam blog ni...
selama 4 tahun aku dok rumah ni aku belum pernah aku menggunakan khidmat tukang kebun, jika ada masa aku akan bersihkan laman ni termasuk mencantas, membaja, menyiram, menanam pokok baru dan paling penting aku tar keseluruhan laman depan rumah ...taklah aku pening kepala pikir pasal rumput yang suburnya mengalahkan pokok yang aku tanam...
kalau ada masa len kali aku citer pasal pengalaman dan keperitan aku berhadapan dengan tukang rumah, pembekal bahan binaan, kekengan duit, perasaan aku dan macam-macam lagi yang tak mungkin dialami oleh orang yang membeli rumah siap dari kontraktor!

Tuesday, July 14, 2009

kursus


skang ni rehat selepas kursus tadi, sat lagi sambung balik jam 2.30
ni masa kita orang siapkan tugasan, lepas ni kena present, aku diberi tanggungjawab jadi presenter...hentam sajalah...

make over rumah

askum, semalam seronok sungguh, sebab cuti peristiwa sempena mengundi di manek urai. agaknya kalau BN menang arini cuti pulak!
tapi cuti sehari semalam aku tak sempat nak buat apa pun, aku berkemas mengikut rutin kebiasaan iaitu cuci baju, lipat baju, masak siram bunga. tak sempat pun nak kemas rumah yang baru siap buat renovation minggu lepas, itu pun siap masa aku meeting di cam hglands, balik dari cam highlands aku d kl pula. tengoklah cuti hujung minggu ni pulak..
aku nak tunjuk kat korang beberapa sudut baru rumah aku..









inilah famili area aku yang baru, rasa lapang lah sikit skang ni...




kaunter bar aku sebelum ni yang agak terlindung belakang sofa sudah terserlah dengan teak bar stool yang aku kat kedai bundle tu ..hehehe





meja kopitiam tu aku beli di ikea, punyalah susah aku nak bawa balik, seb bek ada budak-budak yang sudi nolong aku angkut meja tu ke bas. adanya meja tu bolehlah anak aku buat homework kat situ....



nanti aku paste gambar ruang lain pulak. bye









Saturday, July 4, 2009

kete buat hal!

askum. arini dah masuk kerja semula. tp masuk lewat sebab kete buat hal, bateri kond! melayang la duit aku RM160.

Thursday, July 2, 2009

esok balik

walau kerja tak siap sekalipun, esok tetap balik...yahoo..rindu sungguh kat anak aku yang comel tu..sha sabar ye... umi akan sampai tengahari esok... pastu umi beli strawberi ek...!

dinner


aku saja nak masukkan gambar dinner malam tadi. korang tengoklah bersungguh-sungguh benar dorang menjamu selera...seb bek tekde lipas...hehehe


Wednesday, July 1, 2009



Semalam aku janji nak cite pasal anak aku.. ni la dia satu-satunya harta yang aku ada dan plgh bernilai dalam hidup aku...

dia plg suka kalau bawa dia prgike taman mainan. macam tak ingat rumah..






ni gambar dia masa umur 2-3 tahun...




















lipas lagi, lipas lagi

malam td hotel serve seafood, tp rasanya tak de le kelibat lipas kat situ

lipas lagi!

yeeerrrk...pg ni ada member jumpa lalat la pulak dalam ubi kentang goreng. dorang panggilkan dia punya chef,komplen! sekali korang nak tau chef dia jawab apa?....

ooo...ni bukan lalat,tapi kepala lipas!

yerk! yerk! yerk....apa lagi...urusetia nak jumpa dia punya GM.
aku cadangkan masuk suratkhabar je atau plg tak pun masuk BULETIN UTAMA!
Ada yang cadangkan buat lawatan mengejut ke kitchen hotel. aku agakla dia sub business ialag menternak lipas dan supply ke restoran exotic!

minggu depan kena kursusla pulak!

Assalamualaikum kengkawan,

kerja ni nampaknya tak siap pd meeting kali ni. kena sambung nxt meeting plak. minggu depan aku kena g kursus kat kl plak,....bila la aku nak merasa duduk di rumah 'baru' aku....kalau asyik keluar aje... kesian anak aku, hampir tiap bulan aku keluar tinggal dia,

tapi, sha sayang...umi tetapsayang sha dan ingat sha selalu...i miss u..

panic!

aku ni budak baru belajar buat blog...panic sekejap bila tak reti nak buka blog sndiri hehehe... pastu dah okey tapi terkejut badak la pulak bila gambar yang keluar besar mengalahkan billboard... kepada sesiapa yang pandai pasal blog tolong la ajar aku macam mana nk kecilkan gambar aku ni, aku tengok pun berpinar biji mata....

aku dah senakperut ni...mkn steam boat banyak sangat...mak ai...