Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 H

Alhamdulillah, syukur di panjang umur untuk bersama Ramadhan pada tahun 1432 H, Isnin 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan semoga memperolehi keberkatan daripada segala amalan yang dilakukan di bulan yang mulia ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Doa dipanjangkan semoga Allah memberi kesempatan kepadaku untuk berpuasa di Makkah Al Mukaramah pada suatu masa nanti, Insya Allah.